Follow Me

Rabu, Jun 10, 2009

Hari ni Mek Nak bagi Cara2 nak mengurus kan badan Giteww

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN ( secara semulajadi... hokayyy.. ehehe)
1. JANGAN BERLAPARMakanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dariapa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadarmetabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, padakebiasan nya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupuntahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapimetabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakarkalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKANMinumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkantekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakanrembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perutboleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI ( wajib!!! )Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badanmemetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yangberat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGASMinuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untukkesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAMPengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkanpengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermaknaanda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGIAnda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi.Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebihcenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHANNikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabilakita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukankepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECILKunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengancara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanyasekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigianda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulutakan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalauboleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis ataujus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalahminuman yang kurang gula.
13.. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin,mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akannampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbangberat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untukberdiet
15. Ambil makanan yang berempahSesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori.Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia jugameningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam MakananBijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyakmengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikitlemak.
17. Simpan Satu DiariSimpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunanberat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapabanyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan andaketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginanmakan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pastidi mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yanglebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebihkomited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda danrajin-rajinlah membuat catatan.
18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurusRamai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masapanjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepadauntuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan danmemilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makananadalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda bolehmenumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak).Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukanpiring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian barunasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuranyang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik programtv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalansesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makananitu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebihlagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengansantai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiatberbelanja dan memasak.Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglahperbelanjaan sesuai dengankeperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dansayuran. Gerai makanansegera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benarmemerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lamaakan lebih efektif. Latihandapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan inimungkin boleh disamakandengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perutlebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsingi. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kakitidak melecet dan sihatii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naiktangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lifiii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafasyang dalamiv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendiyang kaku. Melenturkanotot dapat melancarkan peredaran darahv. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yanglama. Ini dapat mencantikdan merampingkan peha.
PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.
26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yanganda minum boleh menurunkanberat badan anda.Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari,setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk,masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minumansetiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini bolehdiikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, beratbadan anda akan beransur turun.
27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dancampurkan dengan air perahanlimau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapandan sebelum tidur.
28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikanminuman harian. Air asamjawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas.Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makantengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuhanda akan bertambah segar dan langsing.
29. Nak Turunkan Berat BadanSelepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbukKayu Manis dan Madu
30. Badan Langsing Selepas BersalinUntuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut:Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.Perahkan air Limau Nipis.Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktudalam pantang.
31. Mengurangkan buncit ( ni utk suami2 je )
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petuaini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah diperah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan keringsehingga pagi.
32. Mengempiskan PerutPetua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yangtelah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudiandiminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncitakan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarangpenyakit. Selamat mencuba
33. Kempiskan Perut Anda ( yg ni utk org pompuan )Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengankapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam.Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

selamat mencuba... chaiyokkk...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Anda......:-) sila kan jgn segan-segan