Follow Me

Rabu, Oktober 28, 2009

Apa Kisah Nya wahai Fasha Weihhhhh....



Rumah Terbuka Pelakon Kontroversi Diboikot?

Sempena bulan Syawal ini, memang ramai selebriti yang mengadakan rumah terbuka bagi meraikan rakan-rakan seperjuangan dan pihak media. Kebiasaannya majlis rumah terbuka ini akan dihadiri rakan-rakan wartawan. Selain daripada dapat menjamu selera, boleh juga menemubual selebriti tersebut untuk perkembangan terkini.Tetapi lain pula halnya dengan majlis rumah terbuka anjuran seorang pelakon wanita yang suka mengundang kontroversi ini.GUA dengar rumah terbuka yang dianjurkan olehnya tidak mendapat sambutan. Senang kata, tetamu yang hadir tidak semeriah rumah terbuka yang orang lain adakan. Tambah menyedihkan, pihak media bagaikan memboikot acara tersebut. Daripada apa yang disampaikan kepada GUA, hanya seorang wartawan yang hadir. Ingatkan selepas tahu hanya seorang wartawan yang hadir, pelakon ini mahulah melayan wartawan yang hadir itu dengan baik. Sebaliknya di buat tidak hirau dan enggan untuk ditemubual. Menurut pengurusnya, pelakon itu tidak mahu memberi sebarang kenyataaan kerana belum tiba masanya. Eh! macam tahu-tahu sahaja apa soalan yang bakal ditanyakan oleh wartawan tersebut. Itulah, lain kali jangan suka propa, sekarang sudah mengelabah hendak jumpa wartawan.

Dengarnya...Kahwin, jangan asyik cakap saja Oleh Normah Becok SEJAK mencanangkan diri kononnya akan menamatkan zaman anak daranya tidak lama lagi, Cik Normah lihat nama pelakon Fasha Sandha kerap menjadi tajuk muka depan sebuah akhbar tabloid. Daripada apa yang Cik Normah baca sebelum ini, pelakon yang sarat kontroversi ini mengatakan dia akan berkahwin dengan lelaki yang terbabit dalam sukan berkuda walaupun sebelum ini heboh kononnya akan berkahwin dengan bekas suami kepada pelakon comel, Nora Danish. Kononnya, Fasha akan membuat sidang media khas untuk mengumumkan perkahwinannya itu. Ala-ala penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi. Bagaimanapun, Fasha tidak pula menyatakan bila tarikh sebenar pengumuman itu. Sebaliknya hanya menyebut kemungkinan besar penghujung bulan ini atau menyerahkan semua perkara itu kepada Tuhan. Pendek kata Fasha saja nak bermain tarik tali dengan media. Iyalah dengan cara mengumpan cerita perkahwinan saja yang mampu membuatkan dirinya kembali terpampang di akhbar atau majalah. Namun, di sebalik pendedahan Fasha itu, janganlah pula sampai memakan diri. Cik Normah dapat tahun perkara ini mengundang maklum balas daripada pihak keluarga si lelaki. Kata kawan Cik Normah, keluarga lelaki itu memberitahu bahawa apa yang dikatakan Fasha semuanya tidak benar. Keluarga sebelah pihak lelaki memang tak selesa apabila cerita itu tersebar di media. Lebih mengejutkan, wanita yang menelefon kawan Cik Normah itu turut mengeluarkan kenyataan yang si lelaki itu juga tidak mempunyai niat langsung untuk mengahwini Fasha. Katanya, hubungan lelaki itu dengan Fasha hanyalah kawan biasa. Kawan Cik Normah tanya juga dia, kalau betul kenapa ada kenyataan yang dikeluarkan kononnya dia mengaku yang akan berkahwin dengan Fasha. Dan jawapan yang diterima, kenyataan lelaki itu sudah dimanipulasikan. Hmmm, dalam hal ini, Cik Normah tak tahu mana satu betul. Tapi kalau betul si lelaki itu tak akan berkahwin dengan Fasha, buat sajalah kenyataan rasmi. Tak apalah Fasha. Mungkin, kalau betullah nak kahwin, Cik Normah harap impian itu akan menjadi kenyataan. Kalau betul sudah bertemu dengan lelaki pilihan hati, kahwin sajalah Fasha, Tak payah nak buat pengumuman macam-macam, sebab Cik Normah tak rasa ada orang nak ambil kisah pun












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Anda......:-) sila kan jgn segan-segan