Follow Me

Khamis, Oktober 22, 2009

Konsert Beyonce Di Malaysia Dibatalkan??



Perkhabaran ini mungkin akan menyakitkan hati para peminat yang sudah membeli tiket untuk konsert Beyonce, ‘I am… Sasha Fierce’ di Malaysia pada hari Ahad nanti. Konsert yang sepatutnya berlangsung di Stadium Bukit Jalil itu khabarnya telah ditunda sehingga ke tarikh yang akan diumumkan kelak. Alahai… ditangguhkan ke dibatalkan?

“Penangguhan itu adalah atas keputusan artis berkenaan dan tidak berpunca daripada faktor-faktor luaran,” menurut kenyataan penganjur-penganjur Marctensia dan UCSI Communications semalam.
Para peminat yang telah membeli tiket-tiket konsert dan tidak ingin menunggu pengumuman tarikh konsert yang baru boleh menuntut bayaran balik dari 26 Oktober hingga 14 November ini di ibu pejabat Ticket Axcess di Petaling Jaya.
Mereka juga boleh menghubungi 03-7711 5000 atau layari www.axcess.com.my .
MT tidak yakin konsert ini akan dapat diadakan dalam masa terdekat ini kerana MT perhatikan di laman web Beyonce, Malaysia langsung tidak tersenarai dalam jelajah Beyonce kali ini! Jadi siapa yang nak jawab tu? Takkan advertiser tidak alert tentang perkara ini?? Kenapa mesti penangguhan itu dibuat setelah tiket semua habis dijual dan konsert sepatutnya diadakan beberapa hari sahaja lagi?

Apo dah jadiiiiii...muahahahahaha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Anda......:-) sila kan jgn segan-segan