Follow Me

Rabu, Oktober 28, 2009

Macam-Macam Dunia niii..Sejadah Pun Boleh Solat.....



Sejadah Solat



SEREMBAN 22 Okt. – Satu kejadiah aneh Sejadah Solat telah mengemparkan seluruh pekerja sebuah
Syarikat Elektronik terbesar yang beroperasi di kawasan Perindustrian Taman Tuanku Jaafar, di sini
hari ini.
Saksi kejadian yang hanya ingin dikenali sebagai ABANG JEFF menceritakan bagaimana beliau merasa
terkejut dan hairan menyaksikan peristiwa aneh tersebut berlaku di depan matanya sendiri sebaik saja
beliau selesai menunaikan solat zohor di surau kilang tempatnya bekerja tengah hari ini.
Selain ABANG JEFF, seorang lagi saksi kejadian menceritakan ketika itu beliau sedang menukar pakaian
setelah menunaikan solat zohor di surau yang sama, ketika menoleh ke hadapan, beliau terpegun melihat
sehelai sejadah sedang mendirikan solat berjamaah dan seterusnya berwirid dengan berimamkan
ABANG JEFF.
Kagum dengan apa yang dilihatnya, beliau sempat merakamkan gambar peristiwa aneh tersebut dengan
menggunakan kamera telefon bimbit NOKIA canggih miliknya.
Berdasarkan kedudukan sejadah tersebut di sebelah kiri Imam, kemungkinan jemaah tersebut adalah
JIN BETINA yang kebetulan singgah untuk menunaikan solat zohor sebelum meneruskan perjalanannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Anda......:-) sila kan jgn segan-segan