Follow Me

Jumaat, Julai 30, 2010

Kisah Bakal Pengantin

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah
> kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada
> kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama.
> Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku
> tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin
> lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang
> tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2
> untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok
> kadi tanya.
>
> Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.....Tok kadi
> tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye
> mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2
> najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun
> angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.
>
> Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik,
> jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling, aku rasa macam nak
> tolong je mamat pengantin tu...bukannye susah, jawapannya anjing ngan
> babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat
> dahi....tok kadi mula senyum...
>
> Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi
> rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang
> jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang
> berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar
> minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah
> minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2,
> kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.
>
> Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat
> pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap
> "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang
> yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ...taik gajah... besar
> betul..nak2 bila gajah makan durian.
>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Anda......:-) sila kan jgn segan-segan