Follow Me

Isnin, Januari 24, 2011

Terjah KembaLi ke Blog Mek,,,

Salam Sejahtera bUat PemBaca Blog Mek semUa..lama rasa nya mek Dah meninggal kan Blog Mek nie kan,,gara2 melayan Fb..emmm
KalI nie Mek nak terus Kan melayan Blog Pulakss.hehhe
Kisah Mek,,dari mek start berhenti Kerja Kat renesas smPi lah Mek dapat keja Terbaru Kat Toshiba sekrg..emmmm memang lain sgt Suasana NYa
eMm nanti je lah Mek sambung,Nie lakI mek Nk makan Dluuu,oraitttt,,Tgu Kemunculan Mek KembaLi,,daaaaaaaaaaaaaaaaaa:-)

Jumaat, Oktober 08, 2010

Mek Di SunwaY LagOOnnnnn....BesTttt














PertUNangAn adeK Ipar Mek....MeK Yg Make Over Tawwwww


mek suka ngk gambar kat atas nie itam puteh...

antaran perempuan warna ijau dan pink dari pihak lelaki
ecah & mertua mek















SekadaR PerIngataN BuaT seMua



"Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air". Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- > * Bertaubat > * Menyesali dosa yang telah dilakukan > * Tidak tergila-gilakan dunia > * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya') > * Tinggalkan sifat berbangga > * Tinggalkan sifat khianat dan menipu > * Meninggalkan sifat dengki. Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan: > 1.aku sedang berhadapan dengan Allah, > 2.Syurga di sebelah kananku, > 3.Neraka di sebelah kiriku, > 4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan > 5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." "Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. > Untuk munafaat kita bersama,

Rabu, September 15, 2010

MeNguCap BAca Nie

Astaghfirullahalazim..

semoga Allah berikan hidayah dan petunjuk kat diaorang ni.. huhu..



Ya Allah,

Tetapkanlah iman kami

Perbaikilah iman kami

Hidupkan kami dengan iman

Matikan kami dengan iman

Masukkan kami ke syurga berserta iman

Dan jauhkan lah kami dari bala mu..

Amin.. amin.. amin..

WajAh dan HAtI YaNG Chantek

Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13
· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ''olahraga''. Yakni Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad)..- DOA TENGOK CERMIN · Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. · Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. Assalamua'laikum wr wb... Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...... 1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur. 7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T..Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!" Wassalam."Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain... AMIN

SuDI KAHHH???

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.
Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya."Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut. Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah."Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu."Sudi," jawab Nusaibah ringkas."Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

JeNis2 KentUttt..huhuhuhuh:-0

Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....

GaDOh Jew yeww,,Baca Nieeee

Tauladan Untuk Suami Isteri Yang Selalu Bergaduh
Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnyapertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai,mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin. Mereka menemuiseorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian hartasepencarian di antara mereka, perundingan berlangsung lancar danakhirnya sebagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dansemua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak. Hanyasatu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembahagian anak[jangan lupa anak mereka tiga orang]. Baik si suami maupun si isteri, samasama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidakmungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman a.s. dulu. Akhirnyamereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluaryang harus ditempuh. Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, yaitu mereka dimintamenunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu oranganak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhanakan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudahuntuk dibahagi di antara mereka berdua. Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, merekamengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya merekaberhasil. Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu denganpasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra,sehingga Sang Imam bertanya, : "Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?". Sang Suami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kamitambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami salingmemaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai". "Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?" , tanya Sang Imam. "Tuhanmemberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak, anak kembar !!". Beberapa hikmah: 1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknyajika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan. Betapabanyak penghuni penjara yang menyesal: mengapa ketika marah memukuliisteri/anak/ dsb sampai tewas.... 2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan, sehingganabi saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya. 3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebihbaik daripada kisah di atas yaitu pasangan suami isteri yang selaluberhasil meredam pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkanisteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buahtangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maafdan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya. 4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah membuat keharmonian semakin terasa nikmat. Orangbijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetapmengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karenapertengkaran itu seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan. ...sampaikanlah ilmu walaupun hanya satu ayat...... ...muhasabahlah diri sendiri sebelum muhasabah diri orang lain........ ...