Follow Me

Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 08, 2010

SekadaR PerIngataN BuaT seMua



"Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air". Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- > * Bertaubat > * Menyesali dosa yang telah dilakukan > * Tidak tergila-gilakan dunia > * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya') > * Tinggalkan sifat berbangga > * Tinggalkan sifat khianat dan menipu > * Meninggalkan sifat dengki. Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan: > 1.aku sedang berhadapan dengan Allah, > 2.Syurga di sebelah kananku, > 3.Neraka di sebelah kiriku, > 4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan > 5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." "Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. > Untuk munafaat kita bersama,

Rabu, September 15, 2010

Berilhamkan amalan mandi bunga

Bermain Warna dan Getaran
Mengenali warna diri, sebenarnya anda mula mengenali personaliti anda yang sebenar – Dr. Norhisham Wahab. Bolehkah kita merawat penyakit dengan warna? Persoalan ini sudah lama bermain difikiran saya. Kebetulan pula mendapat jemputan daripada Dr. Norhisham Wahab yang mempunyai Klinik Colour Vibration Therapy, ini bermakna segala kemusykilan akan terjawab. Seperti yang telah saya duga setelah menghabiskan hampir 2 jam bersama, jawapan yang saya cari akhirnya saya temui. "Memang benar warna boleh menjadi penawar paling mujarab," tegas Dr. Norhisham Wahab ketika saya mengajukan soalan pertama. Walaupun sukar difahami namun sedikit sebanyak penjelasan beliau telah berjaya menyingkap pelbagai rahsia warna yang selama ini tidak banyak diketahui umum. Bermain dengan warna-warna alam bagi Dr. Norhisham bukan sekadar terpesona dengan keindahannya malah warna-warna ini terutamanya yang diperolehi dari bunga-bungaan telah berjaya menemukannya dengan formula yang dianggap rasional dan releven berkisar tentang kehidupan seharian di dalam Colour Vibration Therapy. "Saya menghabiskan lebih tiga tahun untuk membuat kajiselidik sehinggalah saya bertemu dengan formula yang benar-benar sesuai untuk dijadikan perubatan alternatif kepada manusia. Perubatan Colour Vibration Therapy telah melalui satu kajian yang cukup menyakinkan dengan menggunakan konsep warna dan getaran dan telah diterima pakai dengan cukup jayanya dalam masyarakat barat terutamanya di Jerman. "Oleh itu saya berhasrat mendidik masyarakat di dalam ilmu perubatan ini agar ia menjadi amalan untuk mengubati diri sendiri yang dianggap biasa tetapi ia amat diperlukan untuk menjamin sistem penjagaan kesihatan kekeluargaan agar lebih sempurna," katanya menerangkan tujuan dan matlamat pembabitannya dalam bidang yang dianggap baru di negara ini. Memang sukar untuk memahami apa yang diperkatakan oleh Dr. Norhisham. Bercerita tentang halusinasi, kronik dan penyakit biasa yang seringkali menjadi wabak dengan proses perawatan menggunakan warna-warna alam semakin membingungkan. Menurutnya dengan klinik yang dibuka dia boleh mengesan penyakit didalam tubuh manusia hanya dengan mengetahui kekuatan warna seseorang. Ia dilakukan dengan sentuhan tangan pesakit kepada sekeping kad atau kertas berwarna. "Apabila anda hendak mengenali diri anda, anda dinasihatkan bermula dengan mengenali konsep warna dalam kehidupan. Mengenali warna diri, sebenarnya anda akan mula mengenali personaliti anda sebenar. Anda juga boleh mengetahui kelebihan, kekurangan, masalah kesihatan, ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikit, perasaan, semangat, kelakuan dan tindak tanduk anda yang berkait rapat dengan inspirasi warna. "Umumnya ramai menyukai warna-warna tertentu sebagai kegemarann tetapi tanpa disedari itulah lambang warna kelemahan yang sedang dilaluinya," kata beliau. Berilhamkan amalan mandi bunga Bercerita tentang pembabitannya dalam bidang Colour Vibration Therapy, menurut Dr. Norhisham, segalanya bermula dengan tidak disengajakan. Beliau yang berkelulusan Sains Fizik dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, tujuan awal kajiannya ialah mengenai nutritions dan kesannya terhadap pemakanan. "Asalnya saya mula mengkaji tengang perubatan ini bersama pakar pemakanan mengenai tabiat pemakanan herba." "Setelah bosan dengan pengalaman rakan-rakan di dalam bidang perubatan yang masih tidak dapat mencari kesimpulan kenapa ada penyakit yang tidak sembuh hingga akhirnya membawa mereka kepada perubatan tradisional terutamanya bomoh, saya akhirnya bertekad untuk melakukan kajian bersama beberapa pakar dari Jerman," katanya. Menurut Dr. Norhisham banyak tenaga, masa dan wang ringgit dihabiskan namun dia puas kerana akhirnya dia menemui sesuatu yang selama ini tidak pernah terlintas di fikirannya. Berilhamkan amalan mandi bunga, Dr. Norhisham kini berjaya mengadaptasikan amalan berkenaan kepada bentuk yang lebih moden dan sesuai untuk semua peringkat manusia. "Saya cari formula kaedah mandi bunga dengan cara lebih moden dan saya berhasil. Inilah buktinya" kata Dr. Norhisham sambil menunjukkan pati aromaterapi yang dihasilkan. "Aromaterapi yang dibuat dari pati bunga dan pati tumbuhan bertindak sama seperti perawatan mandi bunga yang dilakukan oleh para dukun dan bomoh". "Ingat lagi cerita mandi bunga dan nila yang disapu di pipi bila kita kena beguk. Sebenarnya warna biru merupakan warna penyembuh. Begitu juga dengan warna kuning seperti kunyit, oren dan emas. Emas itu boleh meneutralkan asid. Sebab itu orang perempuan digalakkan memakai emas," ceritanya cuba menerangkan peranan warna yang tidak diketahui ramai. "Saya juga telah berjaya mengeluarkan produk hasil dari kombinasi formula yang dicipta untuk merawat penyakit berdasarkan warna-warna yang ditemui dari bunga-bungaan". "Kaedahnya mudah iaitu dengan menggunakan konsep pengubahan tenaga dengan memerangkapnya kedalam minyak pati bunga aromaterapi yang mudah meresap ke kulit manusia". "Kita menggunakan kulit sebagai perantara utama kerana kulit diakui sebagai reseptor terbaik untuk menghantar mesej ke pineal (otak). Pineal bertindak sebagai prisma atau berlian bercahaya memecahkan getaran itu kepada berbagai warna dengan frekuensi-frekuensi yang berbeza yang akhirnya akan mengembalikan tubuh badan kepada keadaan normal," jelas beliau lagi. Petiklah bunga dengan warna keseimbangan penyakit yang anda alami Dunia penuh dengan pencemaran. Berbagai bencana yang memusnahkan tumbuh-tumbuhan tetapi sesuatu yang mengkagumkan dalam jangka masa yang singkat tumbuh-tumbuhan dengan suatu kuasa yang penuh bertenaga mampu terus hidup. Ini ialah cara semulajadi untuk mengembalikan keseimbangan. "Itulah satu kekuatan yang ada pada tumbuh-tumbuhan yang menjadi sumber imuniti bagi menghadapi pencemaran dan masalah alam sekitar. Jadi saya memanafaatkan tumbuh-tumbuhan sebagai penyelesai bagi kekurangan imuniti yang menjadi punca penyakit kepada seseorang". "Umpamanya bunga-bunga kecil yang tumbuh meliar di kawasan ergunungan atau tanah tinggi mempunyai getaran tenaga yang amat kuat untuk menyesuaikan atau mengembalikan tahap spritual seseorang kembali normal. Tenaga itu pasti mempunyai getaran di mana geteran itu ditentukan oleh warna sebagai ukuran ketepatan bagi keperluan tenaga yang harus diganti semula". "Tenaga Colour Vibration Therapy ini dicipta daripada tenaga tumbuh-tumbuhan yang dimanfaatkan daripada matahari dan cahaya balikan daripada bulan. Petiklah bunga dengan warna keseimbangan penyakit yang anda alami. Rendamkan kedalam air untuk merakamkan tenaga yang akan dipecahkan dalam bentuk getaran gelombang. Tenaga getaran bunga yang sudah dipindahkan ke dalam air itu amat berkait rapat dengan misteri mandi bunga yang menjadi amalan berbagai budaya di seluruh pelusuk dunia," katanya lagi. Menurut beliau Colour Vibration Therapy merupakan salah satu cabang perawatan Hameopati. Keadahnya tidak begitu rumit dan sangat praktikal. "Saya buka peluang ini kepada semua orang termasuk surirumah dan ibu-ibu yang mempunyai banyak masa lapang. Saya bercadang untuk melatih lebih ramai golongan profesional dalam bidang Colour Vibration Therapy ini," tambah beliau dengan yakin. Berasal dari Negeri Sembilan, Dr. Norhisham kini sedang bergerak ke seluruh negara bagi memberi ceramah dan mengadakan kelas-kelas khusus kepada mereka yang berminat untuk menjadi pengamal perubatan Colour Vibration Therapy. "Saya percaya satu tahap nanti masyarakat di dunia ini tidak lagi akan merasa pelik dengan pelbagai jenis penyakit dan kaedah perawatannya," tambahnya lagi.

Lelaki Ucap Maaf Dapat Membuat Jantung Perempuan Sihat

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu,kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi korang perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah korang bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi,kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan,meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang.Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS.Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik,iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'.Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.jadi,sayangilah pasangan korang.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

sEDAr lAH mANUsia SemUA

''Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana….
Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan…& perfume anda adalah kapur barus..

'' Jangan Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana….
Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung…

'' Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana….
Tempat Peristirehat anda yang terakhir adalah Kubur..

'' Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana…..
Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga....

Selasa, September 14, 2010

Hukum Isteri Meleteri Suami

Hukum Isteri Meleteri Suami

"Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca surat khabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu.Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun.Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu.Lebih-lebih lagi, sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita..Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang ! membuat anda menangis?" Baginda menjawab, "Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat."MENGHERDIKBaginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingk an suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya." Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesay! angan Nabi Muhammad s. a. w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: "Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?"Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi i! steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekali gus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: "Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku."** Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.**Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah.

Perempuan Yang Tidak Pernah Puas..


Sebuah kedai unik bernama Kedai Suamiku yang menjual calon suami baru saja di buka di Kuala Lumpur York. Kononnya di negara maju yang tunggang-langgang ini, wanita boleh memilih dan membeli suami yang paling tepat untuknya. Di antara arahan yang ada di pintu masuk:

“ANDA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAJA SEUMUR HIDUP”

Kedai itu ada 6 lantai. Semakin tinggi lantainya, semakin tinggi pula harga lelaki yang berada di situ. Anda dapat memilih lelaki di lantai itu atau memilih lelaki di lantai berikutnya tetapi anda tidak boleh pilih lelaki di lantai sebelum itu.
Seorang wanita pergi ke Kedai Suamiku untuk memilih suami yang tepat untuknya.

Setelah dia membayar caj masuk ke kedai tersebut dengan harga yang cukup mahal, dia mula masuk ke lantai pertama.

Di lantai 1 terdapat tulisan:

LANTAI 1: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.”

Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai
berikutnya.

Di lantai 2 terdapat tulisan:

LANTAI 2: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan suka anak kecil.”

Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya.

Di lantai 3 terdapat tulisan:

LANTAI 3: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil dan ambil berat.”

Wow.. fikir wanita tersebut, tapi dia masih tidak puas dan ingin untuk terus naik.

Lalu sampailah wanita itu di lantai 4 dan terdapat tulisan:

LANTAI 4: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan,suka anak kecil, amat ambil berat dan suka membantu kerja rumah.”

“Biar betul..!” Wanita itu berkata, “Tak cayala…..!”.

Wanita itu tidak puas dan tetap meneruskan ke lantai 5 dan terdapat tulisan seperti ini:

LANTAI 5: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan,suka anak kecil, amat ambil berat, suka membantu kerja rumah dan memiliki sifat romantis.”

Dia tergoda untuk berhenti di lantai 5, tapi kemudian dia melangkah pula ke lantai 6 dan di lantai itu terdapat tulisan: (dia mengesat matanya kerana tidak percaya pada apa yang tertulis)..

LANTAI 6: “Anda adalah pengunjung yang ke 7,593,012. Tidak ada lelaki dilantai ini.

Lantai ini diwujudkan semata-mata untuk jadi bukti betapa ramai wanita yang tidak pernah puas seperti anda! Terima kasih telah datang di Kedai Suamiku.

Hati-hati bila keluar dari kedai ini dan semoga hari ini adalah hari yang indah buat anda!”

—–MORAL: Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Orang tamak selalu rugi.

Sebab mata LELAKI GEMAR LIHAT Badan WANITA....





Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…




wasalam………………….

Khas Utk WaNita

Khas Untuk Wanita - dari Dr. Fatmah Az-Zahrah ...

Yang istimewa ustazah bagi amalan untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abkaro' menurut ayat dalam surah Al Waqi'ah.

Abkaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan.

Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin........

Caranya :
1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatul
Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk
kebahagiaan rumahtangga kita.



Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 :
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan
ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;